Posts

Showing posts with the label MalaysiaMADANI RancakkanMADANI MADANIbekerja ASEAN ASEANChair DiplomasiKeamanan KeamananSerantau ASEAN2025 MalaysiaUntukASEAN

58 Tahun ASEAN

Image
 Malaysia sebagai Pengerusi Menuju Keamanan dan Kemakmuran Serantau   Tahun ini, kita diberi peluang untuk memperingati detik bersejarah penubuhan ASEAN yang kini telah mencapai usia 58 tahun. Dalam semangat ini, kita menzahirkan penghargaan terhadap visi jauh dan komitmen teguh para pengasas ASEAN yang telah meletakkan asas kepada kestabilan dan kerjasama serantau yang dinikmati hari ini. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menggalas tanggungjawab besar untuk memimpin rantau ini dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks. Kini kita berada di fasa terakhir sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober. Sidang kemuncak ini akan mempertemukan para pemimpin ASEAN bersama rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, serta Pengerusi BRICS dan G20. Tanggungjawab ini bukan sekadar simbolik. Dunia sedang memerhati. Malaysia perlu memastikan bahawa kepengerusian ini memberi kesan bermakna dan manfaat berkekalan kepada seluruh komuniti ASEAN. ...