Tambang Percuma MRT Putrajaya Untuk Masyarakat
SERI KEMBANGAN - Sebentar tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman khas berkenaan tambang percuma bagi penumpang-penumpang Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya bermula hari ini sehingga 31 Mac. MRT Laluan Putrajaya akan dibuka tepat pada jam 3 hari ini untuk memberi peluang lebih besar kepada masyarakat merasai pengalaman menaiki MRT. Menjangkau jarak 40.2km, MRT Putrajaya Fasa Dua yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim merangkumi jumlah 24 stesen keseluruhannya, di mana terdapat 15 buah Stesen bertingkat dan sembilan buah stesen bawah tanah. Baca lagi | https://themalaysiapostt.blogspot.com/2023/03/nilai-emas-semasa-mengalami-perubahan.html?m=1 Ia bermula daripada Kampung Batu sehingga ke Putrajaya Sentral. Stesen yang terdapat dalam MRT Putrajaya adalah Kampung Batu, Kentonmen, Jalan Ipoh, Sentul Barat, Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Raja Uda, Ampang Park, Persiaran KLCC, Conlay, Tun Razak Exchange, Chan Sow Lin, Bandar Malaysia Utara, Bandar Malaysi...