Posts

Showing posts with the label Hutang

Pengukuhan USD Tidak Jejas Negara Malaysia

Image
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia menyatakan bahawa pengukuhan dolar Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan negara Malaysia walaupun harga barangan import seperti benih dan baja memberi sedikit impak kerana mata wang ringgit yang rendah pada masa kini. Namun, wang ringgit Malaysia disahkan masih stabil dan kekal positif berbanding mata wang negara lain seperti dolar Australia, yen Jepun atau wang pound Britain. Apa yang lebih menguatkan hujah beliau   ialah kerajaan tidak terikat dengan hutang berasaskan dolar AS terlalu banyak, yang mana bayaran dolar AS ini termasuklah hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Datuk Seri Anwar ketika ditanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Anwar berkata lagi bahawa pengukuhan dollar AS didorong oleh kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat berbanding Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia yang kini...