Posts

Showing posts with the label MalaysiaMADANI RancakkanMADANI MADANIBekerja HarapanUrangSabah SabahBersatu KebajikanRakyat Bajet2026

Lawatan ke Kota Kinabalu

Image
 Memastikan Kebajikan Rakyat Sabah Terjaga   Semasa lawatan saya ke Kota Kinabalu , saya berkesempatan menziarahi penduduk di Kampung Petagas yang baru-baru ini terjejas akibat bencana kebakaran. Saya telah mengarahkan agar bantuan segera disalurkan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung. Selain itu, saya juga menziarahi penduduk di Kampung Duvanson, Putatan , yang menghadapi masalah kesihatan. Semoga mereka diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Lawatan ini adalah satu langkah penting untuk mendengar keluhan rakyat dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan terus komited dalam menjaga kebajikan rakyat Sabah , dan komitmen ini terbukti melalui Peruntukan Pembangunan Sabah di bawah Bajet 2026 , yang telah meningkat hampir RM17 bilion , menjadikannya jumlah tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Peruntukan ini membuktikan bahawa kerajaan tidak hanya memberi fokus kepada pembangunan fizikal tetapi juga kesejah...