Peningkatan Kutipan Cukai 2024
Kejayaan HASiL dan Tanggungjawab Bersama Peningkatan kutipan cukai langsung bagi tahun 2024 kepada RM184.805 bilion merupakan satu pencapaian yang wajar mendapat pujian. Syabas dan sekalung penghargaan kepada seluruh warga Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) atas komitmen, disiplin, serta ketelusan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kejayaan ini bukan sekadar peningkatan angka, tetapi ia mencerminkan penambahbaikan tatakelola serta usaha gigih dalam memperkukuh sistem percukaian negara. HASiL dan Keberkesanan Pengurusan Percukaian HASiL telah membuktikan bahawa dengan kecekapan pengurusan serta disiplin yang tinggi, kutipan cukai dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan. Peningkatan sebanyak RM1.465 bilion berbanding tahun 2023 menandakan bahawa sistem percukaian negara semakin efisien. Lebih penting, kejayaan ini menggambarkan kesedaran masyarakat dan entiti perniagaan terhadap kepentingan membayar cukai sebagai tanggungjawab bersama dalam membangunkan neg...