Laporan Akhir Tragedi Double Six Bakal Didedahkan
Kerajaan Sabah menyambut baik keputusan Kabinet Persekutuan untuk menyahklasifikasikan laporan akhir mengenai nahas pesawat tragedi ‘Double Six’. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, laporan akhir tersebut sudah lama dinantikan oleh rakyat Sabah. Hajiji menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah satu kelegaan bukan hanya kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada rakyat Sabah keseluruhannya. Kerajaan negeri menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membenarkan nyahklasifikasi dokumen berkaitan tragedi itu yang disimpan selama 47 tahun. Anwar menyatakan bahawa laporan penuh mengenai nahas udara tersebut akan didedahkan kepada umum minggu depan. Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk menyahklasifikasikan laporan tersebut adalah selaras dengan dasar keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan. Tragedi berdarah Double Six Tragedi ‘Double Six’ merupakan satu lagi kenangan yang memilukan bagi rakyat Sabah dan Malay...