Malaysia Melangkah Pantas ke Era Digital
Mesyuarat MED4IRN No. 6/2025 Hari ini, saya berpeluang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IRN) No. 6/2025 bagi memperkukuhkan agenda pendigitalan sektor awam melalui inovasi Kerajaan MADANI untuk perkhidmatan yang lebih pantas, mudah, telus, dan berfokuskan rakyat. Mesyuarat ini telah bersetuju untuk menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian, mempercepatkan pendaftaran MyDigital ID , serta memacu pembangunan MyGov Malaysia sebagai pintu gerbang digital berasaskan AI tunggal. Langkah-langkah ini bukan sahaja akan memudahkan interaksi rakyat dengan kerajaan, tetapi juga memastikan perkhidmatan awam lebih efisien dan berorientasikan masa depan. Keutamaan juga diberikan kepada peningkatan liputan dan kualiti internet di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta premis latihan kerajaan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital yang berterusan. Langkah ini penting untuk memastikan...