Meraikan Lawatan Rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba ke Malaysia
Menandakan Keutuhan Hubungan Malaysia-Jepun Pada pagi yang penuh bermakna tadi, Malaysia menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia. Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Jepun pada Oktober tahun lalu. Ketibaan PM Ishiba di Perdana Putra disambut dengan penuh penghormatan, di mana beliau dan delegasi Jepun diberikan sambutan rasmi serta pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja. Upacara ini bukan sahaja memperlihatkan penghormatan terhadap PM Ishiba, tetapi juga menggambarkan betapa pentingnya hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun. Memperkukuh Kerjasama Strategik Malaysia-Jepun Saya amat menghargai penghormatan yang diberikan oleh Perdana Menteri Jepun ini, yang memilih Malaysia sebagai destinasi pertama untuk lawatan rasmi beliau. Keputusan ini bukan sahaja menunjukkan keutuhan persahabatan antara kedua-...