Posts

Showing posts with the label Lee Zii Jia

Lee Zii Jia Kembali Ke Tangga Ketiga Dunia Dalam Ranking BWF

Image
  Pemain perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia kini nombor tiga dunia dalam dalam ranking BWF selepas berjaya merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024. Kuala Lumpur, 10 September 2024 – Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia kembali mencipta sejarah apabila mendaki semula ke tangga ketiga dunia selepas kemas kini terkini yang diumumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa. Peningkatan ranking ini mencerminkan usaha keras Zii Jia, terutama selepas kejayaan merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik 2024 di Paris. Walaupun tersingkir awal dalam saingan Terbuka Jepun bulan lalu, Zii Jia tetap menunjukkan prestasi yang konsisten di pelbagai kejohanan. Pemain berusia 26 tahun ini kini mengumpul sebanyak 83,716 mata, sekaligus mendahului dua lagi pemain terkemuka dunia iaitu Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang memenangi pingat perak di Olimpik Paris, dan pemain Denmark, Anders Antonsen , yang berada di kedudukan kelima dunia. Baca lagi | https://t...

Lee Zii Jia Raih Pingat Gangsa, Hannah Yeoh Janji Tangani Isu Ganjaran Selepas Sukan Olimpik Paris 2024

Image
  Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, umumkan isu ganjaran kewangan dan sokongan untuk Lee Zii Jia akan ditangani selepas Sukan Olimpik Paris 2024. SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau akan menangani isu ganjaran kewangan dan sokongan untuk pemain badminton profesional, Lee Zii Jia, selepas Sukan Olimpik Paris 2024. Kenyataan ini dibuat dalam catatan Instagramnya, di mana beliau menekankan bahawa tumpuan pada masa ini adalah untuk meraikan pencapaian Zii Jia sebagai pemenang pingat gangsa. Mengiktiraf Pencapaian Lee Zii Jia Hannah Yeoh menulis dalam catatannya, "Meraikan @leeziijia pemenang pingat gangsa kedua kami untuk Paris 2024. Perbincangan mengenai ganjaran kewangan dan sokongan boleh tunggu hari lain. Buat masa ini, mari kita raikan kemenangan ini sahaja. Raikan kejayaannya dan syabas kepada jurulatihnya Wong Tat Meng kerana membantu Zii Jia berjaya sejauh ini." Catatan tersebut turut disertakan dengan gambar belia...

‘Bungkus’ Awal — Lee Zii Jia Gagal Pertahan Juara

Image
  KUALA LUMPUR: ‘Bungkus awal’ itu yang dapat disimpulkan pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) apabila pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada kejohanan tahun yang lalu. Lee Zii Jia yang berada pada ranking ke-empat dunia, terpaksa akur dengan kekalahannya itu apabila tewas 19–21, 16–21 di tangan pemain Hong Kong,  Ng Ka Long . Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) diadakan di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ka Long Tempah Slot Kemenangan yang diperoleh itu, membuatkan Ka Long yang berada pada ranking ke-17 dunia, menempah slot yang seterusnya. Ka Long akan berdepan pemain jepun, Kanta Tsuneyama bagi merebut tiket ke suku akhir pada pusingan yang seterusnya. Untuk rekod, pada kejuaraan kalin ini Lee Zii Jia tampil dengan prestasi yang tinggi apabila mengungguli kejohanan pada edisi  Manila 2022  di Fili...