Posts

Showing posts with the label Piala Asia 2023

Harimau Malaya Atur Dua Lagi Perlawanan

Image
  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa pasukan Harimau Malaya akan berdepan dengan dua lagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan Jun ini dalam usaha untuk bersedia menghadapi Piala Asia 2023. Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, mengesahkan bahawa pasukan Malaysia akan berhadapan dengan pasukan Kepulauan Solomon yang kini berada di ranking ke-136 di dunia dan pasukan Yaman yang berada di ranking ke-154 di dunia. Menurut Noor Azman, FAM sedang merancang tempat untuk kedua-dua perlawanan tersebut yang akan diadakan di Johor, Terengganu dan Pulau Pinang, serta dalam perancangan untuk memperoleh pasukan lain seperti Jepun, China dan Uzbekistan untuk memenuhi kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan September ini. FAM juga memberikan penghargaan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), atas kurniaan penggunaan fasiliti latihan yang terbaik di negara ini yang membantu dalam kecemerlangan skuad ...