Diana Danielle Minta Cerai Farid Kamil
SHAH ALAM: Pelakon terkenal, Diana Danielle mengajukan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku perbalahan berpanjangan. Permohonan cerai telah dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi ini. Namun, Farid Kamil tidak bersetuju untuk melafazkan cerai tersebut. Pasangan ini dikatakan tidak tinggal serumah lagi. Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan pasangan tersebut untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai(JKP). Baca lagi | https://themalaysiapostt.blogspot.com/2023/03/hannah-yeoh-dipanggil-untuk-beri.html?m=1 Permohonan cerai akan didengar semula pada 28 Mac ini. Diana Danielle pandai simpan rahsia Dalam sebuah temu ramah, Diana Danielle berkata, dia percaya bahawa permohonan cerai yang diajukan oleh sahabatnya pada Januari lalu, Puteri Sarah Liyana yang juga seorang pelakon, mempunyai sebab yang jelas. Namun, sebagai isteri kepada pelakon terkenal, Farid Kamil, Diana tidak berpihak...