Posts

Showing posts with the label Khairul Aming

Khairul Aming Temui Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon dalam Lawatan Rasmi

Image
Pempengaruh media sosial terkenal Khairul Aming berpeluang bertemu Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini. Malaysia, 3 September 2024 — Pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming, sekali lagi menarik perhatian warga maya apabila diundang bertemu Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, yang kini berada di Malaysia sempena rangka lawatan rasmi. Undangan istimewa ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Khairul Aming dalam memperkenalkan hidangan Malaysia ke persada dunia melalui video masakan yang diterbitkan di negara tersebut baru-baru ini. Pertemuan Bersejarah Khairul Aming dengan Perdana Menteri New Zealand - Undangan Istimewa dari Christopher Luxon Pertemuan yang diadakan baru-baru ini adalah hasil usaha Khairul Aming menerbitkan video masakan melalui travelog ke New Zealand. Perkara ini dikongsikan menerusi ciapan di laman X pada Selasa, di mana Khairul Aming meluahkan rasa bangga kerana dapat memperkenalkan hidan...

Bawa Staf Bercuti Ke Langkawi, Khairul Aming Tutup Kilang 5 Hari

Image
  Khairul Aming, seorang usahawan yang terkenal dengan produk makanannya, telah menarik perhatian ramai dengan sikap penghormatan terhadap kakitangannya, terutama mereka yang bekerja di dua buah kilang Sambal Nyet di Kelantan. Kali ini, pempengaruh media sosial serta usahawan berjaya yang berusia 31 tahun itu membuat keputusan menarik dengan menutup kilang selama lima hari untuk membawa ke semua 60 orang staf pergi bercuti ke Langkawi. Turut Sediakan Penginapan Hotel 5 Bintang Tidak hanya itu, Khairul Aming juga telah menyediakan penginapan di sebuah hotel lima bintang untuk semua pekerjanya, mengatur aktiviti seperti bermain jet ski, meneroka gua, snorkelling, dan juga menyediakan yacht peribadi agar pekerjanya dapat menikmati keindahan matahari terbenam. Bahkan, demi memberikan kegembiraan dalam percutian tersebut, Khairul Aming juga telah membelanjakan mereka di sana. Perkongsian mengenai tindakan ini telah membuatkan warganet tercengang dan mengatakan bahawa tindakan usahawan t...