Pengumuman Harga Terbaru dan Cara Mendapatkan MyCity Pass
Pada 8 Mac 2024, Prasarana, yang merupakan pengendali perkhidmatan RapidKL, telah pun membuat satu pengumuman mengenai penyesuaian harga bagi produk MyCity Pass mereka melalui satu kenyataan media. Kesemua perubahan ini bertujuan untuk mendorong penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang. Selain penyesuaian harga, MyCity Pass kini turut ditawarkan kepada pengguna Bukan Warganegara, membuka peluang lebih luas kepada pelancong asing yang ingin menjelajah Lembah Klang. Harga Terkini MyCity Pass Berikut adalah harga terkini bagi MyCity Pass: Pas MyCity 1-hari (Warganegara) – MR6.00 Pas MyCity 1-hari (Bukan Warganegara) – RM10.00 Pas MyCity 3-hari (Warganegara) – RM15.00 Pas MyCity 3-hari (Bukan Warganegara) – RM25.00 Peningkatan harga ini diharapkan dapat menyokong pengendalian perkhidmatan pengangkutan awam dan memastikan keberkesanan MyCity Pass sebagai alternatif kepada penggunaan kenderaan peribadi. Pengumuman Penyelarasan Harga dan Perubahan Lokasi Pembelian Selain daripada pe...