Nikmati Percutian Terbaik Melalui Malaysia Airlines Year End Sale dengan Harga Terendah Bermula Dari RM79
Jom mulakan persediaan percutian yang super menarik anda untuk Tahun 2024 akan datang dengan tambang Malaysia Airlines bermula dari RM79 sahaja Jika anda merancang untuk melancong pada penghujung tahun ini hingga tahun baru, Malaysia Airlines menyediakan tawaran tiket penerbangan tempatan dan antarabangsa pada harga yang berpatutan, yasss! Tawaran Hebat dalam Malaysia Airlines Year End Sale! Mulai dari 28 November hingga 20 Disember, anda berpeluang menikmati harga tiket menarik bermula dari RM79 untuk semua destinasi dalam negara dan RM229 untuk destinasi antarabangsa dalam Malaysia Airlines Year End Sale. Selain itu, tempoh perjalanan bagi Year End Sale adalah sehingga 30 September 2024, membolehkan anda merancang cuti pada perayaan-perayaan besar tahun depan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, dan cuti sekolah. Jadual Perjalanan Untuk Tahun 2024 Tidak pasti bila nak melancong pada tahun 2024? Berikut adalah beberapa tarikh penting: Tahun Baru Cina: 10 hingga 12 Februari ...