DBKL Baik Pulih Rumah Flat Loke Yew, Penduduk Luah Rasa Lega
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja pemulihan dinding di sebuah unit rumah di Perumahan Awam Loke Yew, di sini, yang telah tercabut akibat ribut jumaat yang lalu. Menurut kenyataan DBKL hari ini, mereka telah mengambil tindakan segera dengan menutup dan memagari kawasan sisa runtuhan dinding menggunakan pita zebra untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di tapak tersebut. Pasang Dinding Sementara DBKL juga memasang dinding sementara di unit yang terlibat sebelum menjalankan kerja pemulihan dinding kekal dalam masa terdekat. Menurut DBKL, terdapat empat unit rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor yang terlibat dengan insiden tercabutnya bumbung blok dan tindakan segera telah diambil dengan memagari kawasan sisa runtuhan menggunakan hazard tape bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Mereka menjelaskan bahawa kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di atas bumbung unit yang terlibat sebelum menjalankan kerja pemulihan bumbung k...