LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Langkah Baharu Menuju Masa Depan Malaysia MADANI Hari ini mencatat sejarah penting bagi negeri Pulau Pinang dengan perasmian majlis pecah tanah LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang. Projek ini bukan sahaja menandakan perkembangan besar dalam sistem pengangkutan awam negeri, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab utama dalam industri semikonduktor global. Sebagaimana yang ditekankan oleh Chris Miller dalam bukunya Chip War: The Fight for the World’s Most Critical Technology , industri pembangunan dan pembuatan cip memainkan peranan kritikal dalam era moden ini. Malaysia, khususnya Pulau Pinang, tidak boleh terpinggir dari arus perubahan teknologi ini. Dengan adanya sistem pengangkutan awam yang efisien seperti LRT Laluan Mutiara, ia akan membantu memenuhi keperluan industri sekaligus menyokong daya saing Pulau Pinang di pentas antarabangsa. Penambahbaikan Infrastruktur untuk Pelancongan dan Industri Selain pembinaan LRT, projek pembesaran Lapangan Terbang Ant...