Malaysia Memperkukuh Hubungan Diplomatik dan Peluang Ekonomi di Afrika
Saya bersama delegasi Malaysia kini berlepas ke Addis Ababa, Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Abiy Ahmed Ali. Selain itu, kami turut dijadualkan bertemu dengan pemimpin industri, pemimpin perniagaan, serta tokoh-tokoh Islam bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Ethiopia. Selepas itu, perjalanan kami akan diteruskan ke Johannesburg, Republik Afrika Selatan, bagi mewakili negara di Persidangan G20. Dalam kunjungan ini, pertemuan dengan Presiden Cyril Ramaphosa juga akan diadakan bagi membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, dan pembangunan dua hala. Seterusnya, saya akan menuju ke Nairobi, Republik Kenya, untuk sesi pertemuan bersama Presiden William Ruto. Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Kenya, meneroka peluang baharu dalam pelaburan dan kerjasama strategik, serta bertemu tokoh-tokoh Islam yang berperanan penting dalam membina jaringan diplomasi dan ke...