Posts

Showing posts with the label Sanusi

Ahli Parlimen Bukit Bendera Ingatkan Menteri Besar Kedah ‘Jangan lupa anda produk Pulau Pinang juga’

Image
  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu mengelak daripada memperdalam jurang di antara rakyat Malaysia tentang sejarah Pulau Pinang dan memberi tumpuan kepada memperbaiki pemulihan sosioekonomi negerinya selepas wabak, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid hari ini. Wakil rakyat DAP itu berkata pendirian pemimpin PAS yang tidak berasas bahawa Kedah “mempunyai hak milik terhadap Pulau Pinang” adalah cubaan untuk mengalihkan perhatian awam daripada kegagalan beliau dalam mentadbir negerinya menjelang pilihan raya akan datang. Menteri Besar Kedah Perlu Kenang Asal Usul Beliau juga memberitahu Sanusi bahawa beliau telah mendapat manfaat daripada belajar dan bekerja di Pulau Pinang pada masa lalu dan sepatutnya sedar bahawa kenyataan terkininya menyentuh perasaan rakyat Pulau Pinang. Muhammad Sanusi yang tidak sepatutnya melupakan asal usulnya sebagai “produk” Pulau Pinang selepas belajar di USM Pulau Pinang. Beliau sebelum ini bekerja sebagai Peg...

“Rakyat boleh nilai sendiri” – Sanusi

Image
  ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Sanusi mengulas mengenai Acara Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang bakal diadakan di enam negeri berdepan PRN atau Pilihan Raya Negeri sebagai program kempen dan tidak wajar untuk diadakan. Kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, program itu disifatkan sebagai pembaziran kerana melibatkan kos yang tinggi, sedangkan pada ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, langkah-langkah penjimatan harus disegerakan dalam semua peringkat bagi semua pihak. Rumah Terbuka Perlu Diadakan di Satu Tempat Sahaja Malah, tegasnya lagi, anjuran rumah terbuka tersebut sepatutnya diadakan hanya di satu tempat sahaja iaitu di Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri ataupun sekitar Putrajaya sama seperti yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri sebelum ini. Menteri Besar Kedah juga menganggap apa yang sedang dilakukan sekarang ini lebih kepada program untuk kempen pilihan raya dan bukannya rumah terbuka Aidilfitri. T...