Posts

Showing posts with the label KKM

Malaysia Perkukuh Kerjasama ASEAN untuk Pantau Kes Cacar Monyet

Image
  Malaysia bersama negara ASEAN akan mempertingkatkan usaha memantau kes cacar monyet atau mpox melalui ujian saringan di pintu masuk dan kerjasama antarabangsa. GEORGE TOWN - Kerajaan Malaysia kini sedang menjalinkan kerjasama erat dengan negara-negara ASEAN untuk memantau kes cacar monyet atau mpox yang sedang menular di kawasan tersebut. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengawal dan mencegah penyebaran penyakit ini yang telah menimbulkan kebimbangan global. Kerjasama Antarabangsa dalam Memantau Mpox Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian The 34th Malaysia-Thailand Border Health Scientific Conference 2024 di Batu Feringghi, berkata bahawa kerajaan Malaysia bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menjalankan ujian saringan di pintu masuk negara seperti lapangan terbang dan laluan sempadan. "Langkah-langkah yang diambil kini adalah sama seperti yang dilaksanakan semasa pandemik dahulu. Ujian sar...

KKM Saran Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka Cegah Varian Baharu

Image
  KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes COVID-19 dan penularan varian baharu yang dikenali dengan nama XBB.1.16 ataupun Arcturus, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan dengan menyarankan semua pelajar dan murid sekolah memakai pelitup muka. Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pertemuan segera akan diadakan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bertujuan untuk membincangkan bagaimana cara untuk mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah. Garis Panduan SOP di Sekolah Tambahnya lagi, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang membabitkan semua murid dan pelajar di sekolah akan mula dikeluarkan iaitu sebelum sesi persekolahan pada 2 Mei ini dimulakan selepas cuti sempena Aidilfitri sebagai langkah berjaga-jaga. Perbincangan mengenai garis panduan keperluan untuk mengekang penularan wabak serta varian baharu Arcturus ini di sekolah juga akan dibincangkan melalui pertemuan dengan Menteri Pendidikan yang akan diadakan ...

9,152 Calon Dipanggil Temu Duga, 4,914 Jawatan Tetap di KKM

Image
  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memanggil hampir 9,152 calon untuk temuduga bagi urusan pelantikan tetap dalam mengisi lebih kurang 4,914 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41 bagi tahun 2023. Temuduga tersebut diadakan pada tarikh antara 1 Mac hingga 22 Mac yang lalu. Dalam proses pelantikan tersebut, sejumlah 4,263 kekosongan jawatan untuk Pegawai Perubatan Gred UD43, 335 jawatan untuk Pegawai Pergigian Gred UG41 dan 316 jawatan untuk Pegawai Farmasi Gred UF41 perlu diisi. Calon perlu memenuhi syarat Senarai nama calon yang hadir temuduga tersebut dipanjangkan oleh SPA kepada kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 31 Mac 2023 untuk semakan yuang lebih rinci ketika temu duga bagi memastikan bahawa semua calon yang dilantik memenuhi kualifikasi dan syarat khusus yang ditetapkan oleh KKM. Syarat-syarat tersebut termasuklah calon perlu dilantik secara kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Sura...