Teknik Pemakuan Tanah Mampu Stabilkan Cerun Runtuh di Taman Melawati
Teknik pemakuan digunakan sebagai kaedah utama pemulihan bagi menstabilkan cerun runtuh di Taman Melawati, dengan tindakan mitigasi segera oleh MPAJ. Ampang, 16 Oktober 2024 – Kerja-kerja pembaikan cerun runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, kini sedang giat dilaksanakan dengan penggunaan teknik pemakuan tanah atau ‘soil nailing’ bagi menstabilkan kawasan tersebut. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan , menyatakan bahawa teknik ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan cerun yang runtuh dapat distabilkan secara kekal. Dalam lawatan kerja beliau ke lokasi kejadian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa langkah-langkah ini penting untuk menghalang pergerakan tanah lebih lanjut dan memastikan keselamatan pengguna jalan di kawasan itu. Kerja-kerja pembaikan yang sedang dilaksanakan ini melibatkan pemasangan tembok bagi menghalang tanah daripada terus bergerak, di samping kerja-kerja mitigasi lain seperti pembersihan runtuhan dan pencantasan pokok di sekitar k...