Kunjungan Hormat Ketua Angkatan Tentera Baru
Memperkukuh Profesionalisme dan Integriti ATM Pada 29 Januari 2026, saya menerima kunjungan hormat daripada Ketua Angkatan Tentera yang baharu, Jeneral Dato’ Azhan Md Othman , di mana kami membincangkan peranan strategik Angkatan Tentera sebagai benteng pertahanan negara serta tonggak harapan untuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam pertemuan itu, saya menekankan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara tidak boleh dibina semata-mata melalui slogan atau ucapan retorik . Sebaliknya, ia perlu diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti, dan integriti yang tegas dan konsisten di setiap peringkat pentadbiran dan operasi. Menangani Cabaran Masa Kini Seiring dengan cabaran semasa, termasuk isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang boleh mencemarkan imej institusi, saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran amanah . Tindakan tegas mesti diambil dengan menekankan ketelusan, kejujuran, dan keberanian untuk membersihkan kelemahan yang a...