Polis Akan Panggil Bloomberg Bantu Siasatan Dakwaan Campur Tangan Perdana Menteri Dalam Kes SPRM
Polis Kuala Lumpur akan memanggil Bloomberg untuk membantu siasatan berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Kuala Lumpur, 9 Oktober 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil media antarabangsa, Bloomberg , untuk membantu siasatan berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) . Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu yang dibuat oleh SPRM selepas kenyataan di media sosial oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil. Menurut Rusdi, SPRM telah memberikan keterangan mereka, dan dua orang saksi termasuk pihak pengadu serta Isham Jalil telah memberikan kerjasama dalam siasatan tersebut. Walau bagaimanapun, siasatan belum lengkap kerana masih ada beberapa lagi individu, termasuk wakil dari Bloomberg, yang dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk...