Segulai Sejalai
Gawai dan Makna Perpaduan dalam Malaysia MADANI Kehadiran saya ke Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai di Kuching malam tadi bukanlah sekadar memenuhi satu undangan rasmi. Ia merupakan satu tanda penghargaan tulus terhadap kekayaan budaya serta semangat perpaduan yang menjadi teras kekuatan sebenar negara kita. Di bumi Sarawak, di mana kepelbagaian bukan hanya diterima tetapi diraikan, semangat "Segulai Sejalai" —berjalan bersama-sama—adalah lebih daripada sekadar ungkapan. Ia adalah gaya hidup, prinsip kemasyarakatan , dan kini menjadi nilai rujukan nasional dalam pentadbiran Malaysia MADANI. Perpaduan dalam Kepelbagaian: Akar kepada Masa Depan Negara Rakyat Malaysia harus berbangga dengan realiti kita yang unik—di mana kaum, agama, dan budaya hidup bersama dalam keharmonian. Sarawak telah membuktikan bahawa perpaduan bukan sekadar slogan , tetapi sesuatu yang boleh dicapai dan dikekalkan. Dalam usaha membina sebuah negara yang adil, makmur dan bersatu , saya ...