Posts

Showing posts with the label MalaysiaMADANI Aidilfitri2025

Berdamai Dalam Dakapan Syawal: Semangat Aidilfitri yang Membawa Kemuliaan

Image
  Pagi Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh keberkatan dan kesyukuran. Saya dan Azizah berkesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Solat sunat Aidilfitri yang dihadiri oleh pemimpin negara dan rakyat jelata melambangkan keharmonian serta perpaduan yang menjadi teras Malaysia MADANI. Dalam khutbah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah bertajuk Berdamai Dalam Dakapan Syawal , satu mesej penting ditekankan: erti sebenar kemaafan dan kedamaian. Hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiallahuanhu yang disampaikan dalam khutbah berbunyi: “Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba dengan suatu kemaafan melainkan kemuliaan.” Hadis ini mengingatkan kita bahawa sifat pemaaf bukan tanda kelemahan, sebaliknya ia adalah jalan menuju kemuliaan dan kehor...