58 Tahun ASEAN

 Malaysia sebagai Pengerusi Menuju Keamanan dan Kemakmuran Serantau


 

Tahun ini, kita diberi peluang untuk memperingati detik bersejarah penubuhan ASEAN yang kini telah mencapai usia 58 tahun. Dalam semangat ini, kita menzahirkan penghargaan terhadap visi jauh dan komitmen teguh para pengasas ASEAN yang telah meletakkan asas kepada kestabilan dan kerjasama serantau yang dinikmati hari ini.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menggalas tanggungjawab besar untuk memimpin rantau ini dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks. Kini kita berada di fasa terakhir sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober. Sidang kemuncak ini akan mempertemukan para pemimpin ASEAN bersama rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, serta Pengerusi BRICS dan G20.

Tanggungjawab ini bukan sekadar simbolik. Dunia sedang memerhati. Malaysia perlu memastikan bahawa kepengerusian ini memberi kesan bermakna dan manfaat berkekalan kepada seluruh komuniti ASEAN.

Salah satu pencapaian yang membanggakan ialah usaha Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja. Kejayaan mengekalkan gencatan senjata bukan sahaja mencerminkan keupayaan diplomasi kita, tetapi menjadi bukti jelas komitmen Malaysia sebagai pemacu keamanan dan pendamai serantau.

Namun, kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan mandat daripada rakan-rakan ASEAN. Justeru, penghargaan tertinggi diberikan atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia untuk memainkan peranan penting ini.

Kemajuan dalam rundingan tersebut sangat mengagumkan dan menjadi peringatan bahawa tanggungjawab ASEAN bukan hanya untuk mengekalkan keamanan antara negara, tetapi juga memperkukuhkan kestabilan dalam negara masing-masing.

Inilah kompas moral dan prinsip yang harus terus dijunjung — demi mewujudkan ASEAN yang bersatu, aman, dan makmur untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif