Ameer 25 Tahun, Jurulatih Termuda Badminton Malaysia
Ameer Amri Zainuddin kini kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk kali kedua sebagai jurulatih kebangsaan junior termuda pada usia 25 tahun. Beliau sebelum ini merupakan bekas pemain antarabangsa yang digugurkan dari pasukan kebangsaan pada tahun 2018 dan kini bertanggungjawab terhadap skuad Gadis Bawah 15 tahun. Menurut laporan, Ameer tidak menjangka akan kembali ke ABM begitu cepat dan berharap dapat bekerja rapat dengan idola beliau, iaitu Misbun Sidek yang merupakan Pengarah Pembangunan Kebangsaan dan Ketua Jabatan Perseorangan Junior. Memohon jawatan kosong yang dibuka Ameer yang merasa bercampur-baur dengan keputusan tersebut, memohon jawatan tersebut setelah diberitahu ada kekosongan. Segala-galanya daripada permohonan hingga pengesahan semuanya berlaku pada bulan Ramadan. Baca lagi | Chong Wei Akan Bantu Tze Yong menyertai Zii Jia di Sukan Paris Dalam jawatan barunya sebagai jurulatih, Ameer berharap dapat melahirkan lebih ramai pemain wanita h...