Melaka
Semangat Tua dan Jebat Menyuluh Haluan Pembangunan MADANI "Bijak seperti Tua, berani seperti Jebat" — itulah semangat yang menyambut ketibaan saya ke Negeri Melaka hari ini. Sebuah negeri bersejarah yang bukan sekadar menyimpan kisah silam, tetapi turut menjadi mercu tanda masa depan Malaysia yang dipacu dengan nilai, keberanian dan kebijaksanaan. Lawatan ini bersempena Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka , yang merupakan hentian terakhir dalam siri jelajah ke negeri-negeri sebelum kerajaan Persekutuan memuktamadkan permohonan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) . Segala dapatan dan pembentangan ini bakal menjadi asas pengumuman Belanjawan MADANI 2026 . Komitmen Padu Kerajaan Negeri Melaka Saya menghargai pembentangan yang teliti oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh . Fokus mereka amat jelas — daripada infrastruktur asas, sekolah, hospital dan perumahan awam sehinggalah kepada sektor pelancongan dan sukan w...