Lawatan Negara Perdana Menteri ke Pakistan Berjaya Raih Potensi Perdagangan RM2.65 Bilion
Lawatan Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion dan komitmen pelaburan RM100 juta dalam sektor halal. Islamabad, 4 Oktober 2024 – Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan mencatatkan pencapaian penting dalam hubungan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan. Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, lawatan tersebut telah berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion. Tengku Zafrul menjelaskan bahawa lawatan ini turut membuka peluang besar bagi peningkatan import minyak kelapa sawit dari Malaysia serta pelbagai produk lain termasuk produk berasaskan kayu, baja, petrokimia , dan oleokimia. Ini mencerminkan kepercayaan kukuh Pakistan terhadap produk Malaysia yang berkualiti tinggi. BAca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/lawatan-negara-perdana-menteri-ke-pakistan-berjaya-raih-potensi-perdagangan-rm2-65-bilion/