Isu Laut China Selatan: TLDM Siap Siaga Hadapi Agresif Kapal Pengawal Pantai China
Kapal Pengawal Pantai China kekal konsisten di perairan EEZ Malaysia. TLDM terus siaga bagi menjaga keselamatan negara dengan pendekatan diplomasi. Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetap yakin mampu mengawal situasi di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara sekiranya kapal Pengawal Pantai China mengambil tindakan yang lebih agresif. Menurut Panglima Tentera Laut , Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, keadaan di perairan tersebut masih terkawal walaupun rumit, dan aktiviti kapal China di kawasan tersebut tidak setinggi tahap agresif jika dibandingkan dengan kejadian di perairan Vietnam dan Filipina. Beliau menjelaskan bahawa tindakan yang diambil oleh TLDM bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dan mengelakkan konfrontasi. Malah, beliau percaya bahawa pendekatan diplomatik masih mampu menyelesaikan isu ini. Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/isu-laut-china-selatan-tldm-siap-siaga-hadapi-agresif-kapal-pengawal-pantai-china/ ...