Posts

Showing posts with the label kompaun

Pengurangan Kompaun Bermula Hari ini

Image
  KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sebanyak 60 peratus sempena sambutan Hari Polis Ke-216. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook PDRM, mereka memaklumkan tawaran tersebut bermula daripada hari ini sehingga 31 Mac. Menurut kenyataan tersebut, tawaran pengurangan kadar kompaun saman trafik akan diberikan melalui aplikasi MyBayar Saman dan di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara. Namun, tawaran ini hanya terpakai kepada saman terpilih. Baca lagi |  https://themalaysiapostt.blogspot.com/2023/03/diana-danielle-minta-cerai-farid-kamil.html?m=1   Pengurangan kompaun hanya bagi saman terpilih PDRM menjelaskan bahawa pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan termasuk kemalangan, bicara mahkamah, waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos dan saman Op Selamat....