Meraikan Hubungan Diplomatik
Warisan Budaya Malaysia Menyambut Delegasi Maldives Usai selesai menjalani urusan rasmi dan pertemuan penting, delegasi dari Maldives bersama kepimpinan negara beralih ke satu acara santai namun penuh makna — jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana. Majlis ini bukan sekadar hidangan makan tengah hari biasa, tetapi turut diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan yang memperlihatkan keindahan serta kepelbagaian warisan Malaysia. Persembahan tersebut memberi gambaran jelas tentang kekayaan budaya pelbagai kaum di Malaysia, sekali gus menjadi lambang keharmonian dan perpaduan rakyat. Iringan muzik tradisional, gerak tari penuh warna, serta busana kebangsaan yang dipersembahkan menjadikan suasana majlis lebih meriah dan berprestij. Menambahkan lagi kemeriahan, kehadiran para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 9(2) dengan semangat patriotik mereka membawa warna yang tersendiri dalam sambutan ini. Sorakan, kibaran bendera, serta kehadiran mereka dengan penuh ra...