Tak Adil Bagi Najib, Hisyam Teh Enggan Berhujah
Permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Najib Razak yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd ditolak oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam. Dalam pengumuman keputusan, hakim itu menyatakan bahawa permohonan tersebut tidak bermerit dan menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri tersebut akan kekal di penjara. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap kesalahan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC pada 28 Julai 2020. Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 dan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022. Hisyam Teh enggan berhujah Dalam prosiding tersebut, hakim Abdul Rahman Sebli juga mengkritik...