Malaysia Sentiasa Prihatin Isu Laut China Selatan
SINGAPURA: Isu Laut China Selatan tetap menjadi keprihatinan bagi Malaysia hingga hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara anggota Asean untuk meningkatkan perundingan dengan China dalam merealisasikan Kod Tindakan bagi Laut China Selatan. Mohamad menyatakan ini dalam sidang media selepas “Breakfast Talk: Five Power Defence Arrangements (FPDA)” yang dihoskan oleh rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Ng Eng Hen, dalam Dialog Shangri-La ke-20, di sini, Sabtu (3 Jun). Mohamad berkata Malaysia terus berhasrat untuk menjadi rakan yang dipercayai dan berhubung dengan anggota-anggota FPDA untuk memastikan keamanan dan kemakmuran rantau ini. FPDA adalah rangkaian hubungan pertahanan dua hala antara Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura, dan United Kingdom. FPDA Penting Untuk Menjamin Kestabilan Rantau ASEAN “Malaysia menganggap FPDA sebagai keperluan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan ranta...