Posts

Showing posts with the label Basikal lajak

Kes ‘Basikal Lajak’, Hisyam Teh Turun Padang

Image
    Peguam terkemuka, Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan memimpin rayuan akhir kerani wanita tersebut, Sam Ke Ting, yang telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 dalam kes basikal lajak yang mengakibatkan kematian lapan orang remaja enam tahun yang lalu. Rayuan tersebut akan didengar pada 31 Mac ini di Mahkamah Rayuan. Hisyam mengesahkan hal ini selepas sesi pengurusan kes hari ini yang turut dihadiri oleh Harvinderjit Singh dan Muhammad Faizal Mokhtar.   Ke Ting vs pihak pendakwa, sama-sama tidak putus asa Ke Ting merayu terhadap keputusan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu yang dikenakan kepadanya kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam pada 18 Februari 2017. Pada mulanya, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskannya pada 28 Oktober 2018, tetapi pada 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Dr. Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan kes itu ...