Malaysia Melangkah Pantas ke Era Digital

 Mesyuarat MED4IRN No. 6/2025


 

Hari ini, saya berpeluang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IRN) No. 6/2025 bagi memperkukuhkan agenda pendigitalan sektor awam melalui inovasi Kerajaan MADANI untuk perkhidmatan yang lebih pantas, mudah, telus, dan berfokuskan rakyat.

Mesyuarat ini telah bersetuju untuk menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian, mempercepatkan pendaftaran MyDigital ID, serta memacu pembangunan MyGov Malaysia sebagai pintu gerbang digital berasaskan AI tunggal. Langkah-langkah ini bukan sahaja akan memudahkan interaksi rakyat dengan kerajaan, tetapi juga memastikan perkhidmatan awam lebih efisien dan berorientasikan masa depan.

Keutamaan juga diberikan kepada peningkatan liputan dan kualiti internet di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta premis latihan kerajaan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital yang berterusan. Langkah ini penting untuk memastikan generasi akan datang tidak ketinggalan dalam era digital yang pesat berkembang.

Bagi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Global Digital Creative Hub menjelang 2030, kerajaan telah merangka Digital Creative Ecosystem Roadmap 2026–2030 (DICE Roadmap) sebagai panduan strategik. Roadmap ini bertujuan memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam penghasilan harta intelek berkualiti tinggi serta pembangunan bakat kreatif bertaraf dunia.

Kesemua inisiatif ini menjadi asas bagi Fasa 3 Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (2026–2030), yang menumpukan kepada memperkasa perniagaan, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan merombak ekonomi digital negara. Dengan panduan rakyat dan pelaksanaan yang efisien, Kerajaan MADANI insya-Allah akan terus berusaha memastikan Malaysia kekal maju, sejahtera, dan bersedia menghadapi cabaran era digital yang semakin pantas.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa UAE Mendahului Dunia Dalam Pengambilan AI Secara Global

Bagaimana Perang Iran Menghancurkan Rangkaian Bekalan dan Ekonomi Malaysia

Program Kelestarian Rantai Bekalan UAE: Model Visi Masa Depan