9,152 Calon Dipanggil Temu Duga, 4,914 Jawatan Tetap di KKM
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memanggil hampir 9,152 calon untuk temuduga bagi urusan pelantikan tetap dalam mengisi lebih kurang 4,914 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41 bagi tahun 2023. Temuduga tersebut diadakan pada tarikh antara 1 Mac hingga 22 Mac yang lalu.
Dalam proses pelantikan tersebut, sejumlah 4,263 kekosongan jawatan untuk Pegawai Perubatan Gred UD43, 335 jawatan untuk Pegawai Pergigian Gred UG41 dan 316 jawatan untuk Pegawai Farmasi Gred UF41 perlu diisi.
Calon perlu memenuhi syarat
Senarai nama calon yang hadir temuduga tersebut dipanjangkan oleh SPA kepada kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 31 Mac 2023 untuk semakan yuang lebih rinci ketika temu duga bagi memastikan bahawa semua calon yang dilantik memenuhi kualifikasi dan syarat khusus yang ditetapkan oleh KKM. Syarat-syarat tersebut termasuklah calon perlu dilantik secara kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016, telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara dan merupakan lantikan kontrak mulai 2016 hingga 2020 sahaja.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/9152-calon-dipanggil-temu-duga-4914-jawatan-tetap-di-kkm/

Comments
Post a Comment