Perbincangan Strategik Bersama Lembaga Pemegang Amanah Oxford Centre for Islamic Studies

 


Hari ini, pejabat saya berpeluang menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxford Centre for Islamic Studies). Delegasi ini terdiri daripada tokoh-tokoh ternama termasuk:

  1. Dr Abdullah Gul, mantan Presiden Republik Türkiye

  2. Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, mantan Perdana Menteri Kuwait

  3. Dr Farhan Nizami, Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies

  4. Dato’ Dr Afifi al-Akiti, Felo Oxford Centre for Islamic Studies

Pertemuan ini memberi peluang untuk bertukar pandangan secara mendalam mengenai perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam. Fokus utama perbincangan adalah bagaimana memupuk dialog antara dunia Islam dan Barat serta memperkukuh kefahaman berkaitan ekonomi dan pasaran Islam.

Kami membincangkan pendekatan praktikal bagi mempereratkan kerjasama antara institusi, memajukan pendidikan Islam, dan memastikan relevansi ekonomi Islam dalam konteks global. Delegasi juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap pengalaman Malaysia dalam membina ekosistem ekonomi Islam yang progresif dan inklusif.

Sebagai sebahagian daripada perbincangan, saya turut menyampaikan penghargaan atas jemputan untuk melawat Oxford pada masa yang sesuai bagi menyampaikan syarahan, yang dijangka dapat memperluaskan lagi kerjasama intelektual antara kedua pihak.

Pertemuan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomatik dan akademik, tetapi juga menegaskan komitmen Malaysia dalam menggalakkan pertukaran ilmu serta dialog antara dunia Islam dan Barat. Inisiatif seperti ini sejajar dengan nilai #MalaysiaMADANI, dan usaha kami dalam memastikan #MADANIbekerja untuk kepentingan masyarakat serta memperkukuh kesejahteraan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif