Jurassic World Rebirth
Sebuah Kepulangan Hebat Dunia Dinosaur
Setelah sekian lama menunggu dan mendengar pelbagai ulasan — akhirnya saya berpeluang menonton Jurassic World Rebirth, dan izinkan saya katakan: ianya sangat mengagumkan!
Dari saat pertama filem bermula, saya sudah terpukau dengan kualiti CGI yang luar biasa. Setiap pergerakan dinosaur terasa realistik dan mendebarkan. Skor muzik pula menghidupkan setiap babak, membangkitkan emosi dan ketegangan dengan sempurna. Tidak lupa juga pada visual yang sinematik — pemandangan dunia Jurassic kali ini benar-benar membawa penonton masuk ke dalam alam yang seolah-olah wujud.
Ramai yang memberi amaran bahawa babak pertama agak perlahan dan membosankan — tetapi bagi saya, itu tidak benar langsung. Sebaliknya, act pertama memberi asas yang kuat untuk jalan cerita, memperkenalkan watak-watak dan konflik dengan cara yang sangat kemas.
Keluarga Delgados, yang dikatakan "menjengkelkan" oleh sesetengah penonton, sebenarnya memberikan elemen emosi dan keseimbangan kepada naratif. Saya dapati mereka menyumbang kepada dinamika cerita dengan baik, dan jujurnya, saya sangat menikmatinya.
Watak-watak lain juga mempunyai kedalaman dan motivasi yang jelas, menjadikan setiap aksi mereka bermakna dan tidak sekadar tempelan. Plot disusun dengan baik — ada drama, ketegangan, momen-momen mendebarkan, dan beberapa kejutan yang membuatkan saya duduk di hujung kerusi.
Skor keseluruhan saya? 9.5/10.
Jurassic World Rebirth bukan sekadar sekuel, tetapi satu kebangkitan semula francais ini dengan penuh gaya dan impak.
.png)
Comments
Post a Comment