KJ Beri Bayangan Kembali Ke Dunia Politik Selepas Menang Trofi ABPBH 36
Shah Alam, 12 Oktober 2024 – Khairy Jamaluddin (KJ), bekas Ahli Parlimen Rembau yang kini bergelar penyampai radio Hot FM, telah mencuri perhatian ramai apabila memenangi trofi Penyampai Radio Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali yang ke-36. Kemenangan ini dianggap kejayaan besar buat KJ, yang baru sahaja menyertai dunia penyiaran radio kira-kira setahun lalu.
Pada majlis anugerah yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, KJ mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah menyokongnya dalam kategori tersebut. Beliau juga berterima kasih kepada Berita Harian dan TV3 yang mengiktiraf usaha dan komitmennya sepanjang menjadi penyampai di Hot FM.
“Alhamdulillah atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pengundi dan juga pihak Berita Harian serta TV3. Dunia penyiaran radio bukanlah bidang asal saya, tetapi dalam tempoh setahun ini, saya telah banyak belajar bersama rakan-rakan di Hot FM,” ujar KJ dalam sesi sidang media selepas menerima anugerah tersebut.
Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/kj-beri-bayangan-kembali-ke-dunia-politik-selepas-menang-trofi-abpbh-36/

Comments
Post a Comment