Cuti Sabtu, Ahad Semua Sekolah di Johor Bermula Januari 2025
KPM mengumumkan perubahan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad untuk semua sekolah di Johor. Baca lebih lanjut perubahan terbaru kalendar akademik ini.
PUTRAJAYA, 11 Oktober 2024 - Bermula 1 Januari 2025, institusi pendidikan di negeri Johor akan diletakkan dalam Kumpulan B susulan pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri tersebut. Keputusan ini dibuat setelah Pemangku Sultan Johor, DYAM Tengku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, menitahkan agar cuti hujung minggu dikembalikan semula kepada Sabtu dan Ahad berbanding cuti sedia ada pada Jumaat dan Sabtu.
Perubahan ini dijangka memberi impak kepada hampir semua institusi pendidikan di negeri itu, termasuk sekolah-sekolah rendah, menengah, dan institusi pengajian tinggi. Johor kini akan berada dalam Kumpulan B bersama-sama Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, dan Selangor. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Jumaat lalu, penyesuaian ini juga membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

Comments
Post a Comment