Agong dan Raja Permaisuri Zahir Ucapan Sempena Hari Malaysia 2024

 


Sempena sambutan Hari Malaysia 2024, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah mengucapkan selamat dan mendoakan kemakmuran negara melalui mesej khas di Facebook.


KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Malaysia 2024, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat melalui hantaran di Facebook rasmi hari ini. Ucapan tersebut menyentuh tentang perpaduan dan toleransi sebagai tunjang utama kepada keharmonian negara.


Sultan Ibrahim dalam ucapan baginda menyatakan harapannya agar Malaysia terus diberkati dengan kemakmuran dan kesejahteraan yang berkekalan. Baginda turut menekankan bahawa keharmonian yang terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum adalah suatu hadiah yang sangat berharga buat baginda.



Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif