25 Orang Masih Hilang Dalam Tanah Runtuh di Myanmar

 


Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan hilang dalam runtuhan tanah di lombong jed di Myanmar


YANGON:  Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan hilang selepas tanah runtuh di sebuah lombong jad tidak berlesen di kawasan terpencil Myanmar, kata pekerja penyelamat hari ini.


Kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad di luar bandar Hpakant di bahagian utara negeri Kachin berdekatan dengan kawasan di mana beratus-ratus orang penambang terkubur dalam tanah runtuh pada tahun 2020 ia berlaku beberapa hari selepas sebahagian besar negara dilanda hujan lebat dan banjir.


Pengurusan Industri Perlombongan Sangat Teruk


Industri perlombongan jed yang sangat menguntungkan ini kebanyakannya tidak beraturan, dengan pekerja migran terpaksa mengharungi keadaan berbahaya dan sering mengalami kemalangan mematikan.


“Kira-kira 25 orang dilaporkan hilang. Kami belum mempunyai senarai terperinci kerana sukar untuk sampai ke sini,” kata seorang pekerja penyelamat yang tidak mahu namanya disebutkan, kepada AFP dari tempat kejadian.


Beliau menerangkan bagaimana timbunan tanah yang besar ketinggian kira-kira 150-180 meter yang ditinggalkan hasil dari kerja penggalian lombong menjadi longgar akibat hujan lebat dan runtuh.


Misi mencari dan menyelamat sedang berlangsung, katanya, tetapi beberapa pekerja telah kembali ke tempat kejadian dengan harapan menemui jed.


“Kami belum menemui mana-mana mayat lagi,” katanya.


Baca lagi |

https://themalaysiapost.com/25-orang-masih-hilang-dalam-tanah-runtuh-di-myanmar/

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif