Tanah Runtuh Wisma YPR, Seorang Pengawal Keselamatan Disahkan Maut

 

Pada awal pagi tadi, seorang pengawal keselamatan disahkan meninggal dunia selepas tertimbus akibat insiden tanah runtuh di Wisma YPR, Jalan Syed Putra Kuala Lumpur.

Mayat mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an, ditemui pada 6.23 pagi tadi oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan tersebut, pondok pengawal dihempap oleh runtuhan batu penahan tebing ketika mangsa berada di dalam, menyebabkan mangsa tertimbus.

Usaha mencari mangsa dilakukan oleh pasukan Bomba dengan bantuan unit K9, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan jentolak daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baca lagi | Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada Gangguan Perjalanan ke Genting Highlands

Mangsa Berjaya Ditemukan

Mangsa berjaya dibawa keluar pada 6.23 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik serta telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan yang lanjut.

Terdahulu, seorang lelaki warga tempatan dipercayai telah terperangkap di bawah runtuhan dan serpihan dalam kejadian tanah runtuh.

Kejadian itu berlaku di belakang Wisma YPR di Jalan Syed Putra di sini pada awal hari ini.

Menerusi jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian itu berlaku disebabkan oleh keadaan benteng batu di belakang Wisma YPR telah pecah sehingga menyebabkan tanah runtuh.

Perkara itu menyebabkan pondok pengawal berhampiran turut tertimbus.

Pihak bomba juga mengatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tersebut.

Selain itu, langkah berjaga-jaga juga diambil bagi mengelak hakisan selanjutnya berlaku.

Baca lagi | https://themalaysiapost.com/tanah-runtuh-wisma-ypr-seorang-pengawal-keselamatan-disahkan-maut/

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pentagon di Iran: Menuju Perang Dunia Ketiga?

Letupan Paip Gas: KPM Salur Bantuan RM1,000 kepada Murid dan Warga KPM Terjejas

Di Sebalik Naratif