Gabungan 4 Parti Politik Sukarkan Gerakan Jatuhkan Kerajaan — Anwar
PUTRAJAYA: Ura-ura yang menyatakan terdapat komplot untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2023 dengan tema ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ pada hari ini memberitahu bahawa segala usaha dan komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan tidak akan berjaya dan dapat ditangkis melalui hasil gabungan empat parti politik utama yang sangat kuat
dan stabil.
Beliau juga berkata, gabungan empat parti utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memberikan komitmen yang padu untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan sedia ada sekarang.
Komplot Menjatuhkan Kerajaan Tiada Asas Tepat
Beliau juga memberitahu bahawa komplot yang dibuat itu tidak mempunyai asas yang betul kerana setiap bulan ada strategi untuk menjatuhkan kerajaan. Hingga setakat ini, hasil pemantauan yang dilakukan, beliau berkata kerajaan masih dalam keadaan kuat, kukuh dan tidak goyah.
Dakwaan mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu telah dilaporkan oleh sebuah portal berita. Ia dikhabarkan disertai oleh beberapa orang Ahli Parlimen.
Perjanjian persefahaman kerjasama pada 16 Dis 2022 bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara telah ditandatangani dan dipersetujui oleh empat gabungan politik utama yang mewakili PH, BIN, GPS, GRS dan parti Warisan.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/gabungan-4-parti-politik-sukarkan-gerakan-jatuhkan-kerajaan-anwar/
.jpg)
Comments
Post a Comment