Siasatan Masih Dijalankan Susulan Kematian Dua Kanak Kanak Disyaki Akibat Strok Haba
KOTA BHARU: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama pada hari ini memberitahu bahawa siasatan masih lagi berada dalam siasatan mengenai punca kematian dua kanak-kanak yang berusia 11 dan setahun tujuh bulan disyaki berpunca daripada strok haba.
Kematian dua kanak-kanak itu menjadi tular dalam media sosial dan menimbulkan persepsi mengenai punca kematian mereka. Ramai yang beranggapan kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok adalah disebabkan oleh strok haba.
Mengulas mengenai kematian anaknya, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya masih dalam keadaan aktif dan sihat semasa beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara pada Aidilfitri pertama yang lalu.
Malah, pada hari raya ketiga, anaknya juga sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit.
Kesihatan Mula Lemah Pada Raya Ke-empat
Namun katanya, dia melihat keadaan anaknya menjadi lemah iaitu pada hari raya keempat selepas Subuh dan mereka membuat keputusan untuk ke klinik kesihatan yang berhampiran.
Semasa sedang bersiap-siap, secara tiba-tiba anaknya itu diserang sawan. Tanpa menunggu masa, Wanie terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Balai dan ketika sampai di sana, doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masukkan air ke dalam tubuh anaknya itu.
Akan tetapi, tekanan nadi anaknya secara tiba-tiba terhenti dan dia didapati telah pengsan. Anaknya gagal untuk diselamatkan dan dia serta suami redha apabila anak mereka menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.27 pagi.

Comments
Post a Comment