‘Bukan satu ancaman’ -Saifuddin Ulas Spekulasi Kerajaan Perpaduan Bakal Roboh
Namun, bagi menjawab segala tohmahan tersebut berkenaan wujud cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ia dilihat tidak akan dapat mengancam kestabilan Kerajaan Persekutuan yang kelihatan kukuh buat ketika ini.
Merupakan Kerajaan Yang Stabil
Beliau juga berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang stabil serta utuh dalam menjalankan peranannya untuk terus mentadbir negara ini tanpa sebarang kekacauan atau ketidakpercayaan.
Saifuddin yang juga merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) ini juga memberitahu pihak media bahawa beliau percaya dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan, tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi negara selain menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/bukan-satu-ancaman-saifuddin-ulas-spekulasi-kerajaan-perpaduan-bakal-roboh/
.jpg)
Comments
Post a Comment