Posts

Showing posts from April, 2023

India Bakal Atasi China Bagi Populasi Penduduk Yang Paling Ramai Dunia

Image
  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata pengiraan terbaharunya menunjukkan bahawa menjelang akhir hujung minggu ini, India akan mempunyai lebih ramai orang daripada China, menandakan peralihan epokal dalam demografi global. Sebahagian besar dunia telah membesar dengan China memegang gelaran negara paling ramai penduduk di dunia, tetapi berdekad-dekad dasar yang mengehadkan keluarga kepada seorang kanak-kanak secara mendadak telah memperlahankan kadar kelahiran China, membolehkan India terus maju. Menurut kerajaan, jumlah kadar kesuburan India turun kepada 2.0 dalam tempoh penilaian terbaharu di seluruh negara dari 2019 hingga 2021, turun daripada 3.4 dari 1992 hingga 1993. Peningkatan populasi walaupun penurunan dalam kadar kesuburan boleh dijelaskan oleh “demografi momentum.” Populasi Meningkat Walaupun Kadar Kesuburan Terjejas Walupun kadar kesuburan di India menunjukkan rekod menurun, populasi penduduk tetap terus meningkat selama beberapa dekad lamanya. Dan itu kerana kohort...

Isu Air Di Kedah Selesai Jika Kerajaan Perpaduan Menang — Zahid

Image
  ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai masalah air yang sedang membelenggu negeri Kedah ini menjawab, semua masalah itu akan diselesaikan jika rakyat memberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Zahid juga berkata, kerajaan tahu mengenai masalah air di negeri Kedah, dan pihak kerajaan tidak mahu rakyat negeri kedah menerima nasib yang sama seperti di Kelantan dengan sindiran halus yang diberikan beliau iaitu ‘air teh’ sudah bertukar menjadi ‘kopi susu’ di negeri Serambi Mekah tersebut. Banyak Kawasan Alami Masalah Bekalan Air Pada Aidilfitri Tambah Zahid lagi, pada waktu raya Aidilfitri yang baru berlalu, berapa banyak kawasan di Kedah yang sedang mengalami masalah bekalan air. Oleh itu, beliau meminta rakyat untuk memberi sokongan yang padu dan menyerahkan semula mandat negeri kepada Kerajaan Perpaduan bagi mengatasi masalah bekalan air ini. Ujarnya. Jika kerajaan negeri ini berada di bawah ...

‘Bukan satu ancaman’ -Saifuddin Ulas Spekulasi Kerajaan Perpaduan Bakal Roboh

Image
  BAYAN LEPAS: Spekulasi mula bertebaran apabila terdengar ura-ura yang mengatakan kerajaan perpaduan bakal roboh atau digulingkan tidak lama lagi. Desas-desus itu mulai kedengaran apabila semakin dekat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Namun, bagi menjawab segala tohmahan tersebut berkenaan wujud cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ia dilihat tidak akan dapat mengancam kestabilan Kerajaan Persekutuan yang kelihatan kukuh buat ketika ini. Merupakan Kerajaan Yang Stabil Beliau juga berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang stabil serta utuh dalam menjalankan peranannya untuk terus mentadbir negara ini tanpa sebarang kekacauan atau ketidakpercayaan. Saifuddin yang juga merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) ini juga memberitahu pihak media bahawa beliau percaya denga...

Siasatan Masih Dijalankan Susulan Kematian Dua Kanak Kanak Disyaki Akibat Strok Haba

Image
KOTA BHARU: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama pada hari ini memberitahu bahawa siasatan masih lagi berada dalam siasatan mengenai punca kematian dua kanak-kanak yang berusia 11 dan setahun tujuh bulan disyaki berpunca daripada strok haba. Kematian dua kanak-kanak itu menjadi tular dalam media sosial dan menimbulkan persepsi mengenai punca kematian mereka. Ramai yang beranggapan kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok adalah disebabkan oleh strok haba. Mengulas mengenai kematian anaknya, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya masih dalam keadaan aktif dan sihat semasa beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara pada Aidilfitri pertama yang lalu. Malah, pada hari raya ketiga, anaknya juga sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit. Kesihatan Mula Lemah Pada Raya Ke-empat Namun katanya, dia meli...

Rumah Terbuka Malaysia MADANI- Shahidan Persoal Kenapa Perlis Tiada Dalam Senarai

Image
  ARAU: Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau, telah menyuarakan kebimbangan mengenai Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang diadakan oleh kerajaan pusat di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini. Beliau menganggap tindakan ini sebagai langkah politik yang mungkin menimbulkan prasangka dalam kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, beliau juga meneruskan penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti biasa seperti tahun sebelum ini. Rumah Terbuka Bermotif Politik Shahidan juga mempertikaikan kenapa hanya enam negeri sahaja yang terlibat dalam program ini dan menganggap ia sebagai satu platform politik. Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya kerajaan menganjurkan Rumah Terbuka ini sebagai Berkempen bagi PRN, maka Perikatan Nasional (PN) juga boleh melakukan tindakan sama bagi memastikan kemenangan di negeri berkenaan. Shahidan juga menyatakan bahawa pihaknya tidak pasti mengenai niat sebenar kerajaan yang menganjurkan program ini. Beliau tur...

‘Bungkus’ Awal — Lee Zii Jia Gagal Pertahan Juara

Image
  KUALA LUMPUR: ‘Bungkus awal’ itu yang dapat disimpulkan pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) apabila pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada kejohanan tahun yang lalu. Lee Zii Jia yang berada pada ranking ke-empat dunia, terpaksa akur dengan kekalahannya itu apabila tewas 19–21, 16–21 di tangan pemain Hong Kong,  Ng Ka Long . Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) diadakan di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ka Long Tempah Slot Kemenangan yang diperoleh itu, membuatkan Ka Long yang berada pada ranking ke-17 dunia, menempah slot yang seterusnya. Ka Long akan berdepan pemain jepun, Kanta Tsuneyama bagi merebut tiket ke suku akhir pada pusingan yang seterusnya. Untuk rekod, pada kejuaraan kalin ini Lee Zii Jia tampil dengan prestasi yang tinggi apabila mengungguli kejohanan pada edisi  Manila 2022  di Fili...

KKM Saran Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka Cegah Varian Baharu

Image
  KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes COVID-19 dan penularan varian baharu yang dikenali dengan nama XBB.1.16 ataupun Arcturus, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan dengan menyarankan semua pelajar dan murid sekolah memakai pelitup muka. Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pertemuan segera akan diadakan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bertujuan untuk membincangkan bagaimana cara untuk mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah. Garis Panduan SOP di Sekolah Tambahnya lagi, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang membabitkan semua murid dan pelajar di sekolah akan mula dikeluarkan iaitu sebelum sesi persekolahan pada 2 Mei ini dimulakan selepas cuti sempena Aidilfitri sebagai langkah berjaga-jaga. Perbincangan mengenai garis panduan keperluan untuk mengekang penularan wabak serta varian baharu Arcturus ini di sekolah juga akan dibincangkan melalui pertemuan dengan Menteri Pendidikan yang akan diadakan ...

Awas! Ini 8 Tanda Anda Sedang Alami Masalah ‘Anxiety Disorder’

Image
  Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari merasa gugup, panik, gelisah, bimbang dan sebagainya. Ia merupakan satu lumrah hidup di dunia yang sementara ini. Namun begitu, tak semua merasai hal yang sama kerana ada sebahagian daripada kita yang berlaku terlalu kerap sehingga ia mula menjadi gangguan dan bertukar menjadi satu mimpi ngeri. Sekiranya anda alaminya terlalu kerap sehingga ia mengganggu kehidupan, anda mungkin sedang alami masalah Anxiety Disorder. Jadi, apa kata kalau anda cuba semak semua tanda-tanda yang kami kongsikan di bawah ini untuk kenalpasti masalah ini dengan lebih lanjut! 8 Tanda Anda Hidap Anxiety Disorder Berikut merupakan tanda tanda iaitu simptom Anxiety Disoder iaitu: #1. Sepanjang Masa Berasa Bimbang Anda akan sentiasa mengalami keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini akan berterusan selama enam bulan dan boleh menjadi terlalu kronik sehinggakan semua perkara remeh pun anda akan menjadi risau. Menurut Winston, PsyD, Anxiety and Stress Di...

Festival Raya Hooray X Fest — Pengarah Syarikat Didakwa Hari Ini

Image
  KUALA LUMPUR: Dakwaan akan dibuat ke atas lima individu, termasuk seorang pengarah syarikat penganjuran festival raya Hooray X Fest di Pusat Dagangan Putra (WTC) pada pukul 11 pagi berkenaan kes pembatalan saat akhir festival terbabit pada hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, beliau berkata kesemua suspek yang berumur di antara 23 hingga 74 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Dakwa Pada Pukul 11 Pagi Ke semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 4, Jalan Duta, pada pukul 11 pagi ini untuk didakwa. Semalam, seperti yang dilaporkan media, reman untuk pengurus dan pegawai pemasaran Hooray X Fest Raya disambung sehari lagi bagi tujuan untuk melengkapkan siasatan pihak polis. Kedua-dua suspek tersebut telah direman sejak 21 April yang lalu bagi tujuan siasatan festival beli-belah Syawal, Hooray X Fest Raya yang telah pun dibatalkan saat-saat akhir, pada Selasa lalu. Hasil Siasatan Berjaya Tahan 3 ...

Bangga Dengan Aksi Cemerlang Skuad B-17 Di Qatar

Image
  KUALA LUMPUR: Skuad B-17 di bawah kendalian Osmera Omaro pulang dengan “azimat” berguna hasil daripada siri aksi persahabatan yang berlangsung di Doha, Qatar. Skuad bawah 17 (B-17) tahun negara mempamerkan prestasi cemerlang dalam enam aksi persahabatan dengan kelab di negara itu, dengan merekodkan lima kemenangan dan satu kekalahan. Malah, skuad ‘Harimau Muda’ menunjukkan kecekapan dengan menghasilkan 21 gol dan hanya bolos empat kali dalam semua perlawanan tersebut. Bangga Dengan Aksi Cemerlang Harimau Muda Pengurus pasukan B-17, Christopher Raj mengakui berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan skuad muda negara melalui aksi persahabatan itu, dan ia merupakan persediaan yang terbaik sebelum mereka ke Piala Asia B-17 2023 pertengahan tahun ini. Beliau berkata skuad Osmera berhak mendapat pujian berdasarkan prestasi cemerlang mereka walaupun terpaksa berdepan tempoh dua minggu yang mencabar di Doha, termasuk kem latihan intensif yang berlangsung pada bulan Ramadhan. Christopher...

“Rakyat boleh nilai sendiri” – Sanusi

Image
  ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Sanusi mengulas mengenai Acara Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang bakal diadakan di enam negeri berdepan PRN atau Pilihan Raya Negeri sebagai program kempen dan tidak wajar untuk diadakan. Kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, program itu disifatkan sebagai pembaziran kerana melibatkan kos yang tinggi, sedangkan pada ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, langkah-langkah penjimatan harus disegerakan dalam semua peringkat bagi semua pihak. Rumah Terbuka Perlu Diadakan di Satu Tempat Sahaja Malah, tegasnya lagi, anjuran rumah terbuka tersebut sepatutnya diadakan hanya di satu tempat sahaja iaitu di Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri ataupun sekitar Putrajaya sama seperti yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri sebelum ini. Menteri Besar Kedah juga menganggap apa yang sedang dilakukan sekarang ini lebih kepada program untuk kempen pilihan raya dan bukannya rumah terbuka Aidilfitri. T...

Sofyank Kejutkan Zach King, Fahmi Fadzil Ucap Tahniah

Image
KUALA LUMPUR, 22 April — Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital mengucapkan tahniah kepada Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, pereka kandungan digital terkenal yang baru-baru ini menjuarai pertandingan Ultimate VFX Challenge — Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat. Fahmi Fadzil menyifatkan bakat Sofyank sebagai luar biasa dan kejayaannya telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Fahmi terkesan dengan sikap Sofyank Menurut Fahmi Fadzil, bakat Sofyank dalam mencipta kandungan digital VFX sangat luar biasa. Fahmi Fadzil juga mengakui bahawa beliau terkesan dengan sikap rendah diri dan beradab Sofyank. Beliau juga berharap agar terdapat beberapa kolaborasi bersama Sofyank pada masa akan datang. Sofyank merupakan seorang pereka kandungan digital terkenal yang telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa. Video ciptaannya juga telah ditonton oleh jutaan pelayar media sosial. Sofyank menyertai pertandingan anjuran pempengaruh media sosial dan...

Imam Lupa Takbir, Solat Sunat Aidilfitri Diulang

Image
JERANTUT, 22 April — Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) kembali mengulangi solat sunat Aidilfitri buat kali kedua pada pagi ini selepas berlaku kekhilafan semasa solat yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah pada jam 8.45 pagi tadi. Menurut sumber, kekhilafan berlaku ketika imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua. Selepas memberi salam, imam tersebut mengakui kekhilafannya dan ingin mengulangi solat sunat tersebut kali kedua pada jam 8.55 pagi. Memuji imam yang mengakui kekhilafan Salah seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memberi pujian terhadap tindakan imam yang mengakui kekhilafannya dan mengulangi semula solat tersebut. Beliau berkata, “Saya berpuas hati dengan tindakan imam yang terus mengaku kekhilafannya dan berusaha untuk memperbetulkan kesilapannya dengan mengulangi solat sunat itu.” Selain itu, jemaah yang lain, Rosman Hashim menyatakan bahawa imam tersebut meneruskan solat sehingga ke tahiyat terakhir dan memberi salam, walaupun berlaku kekhilafan. Kejad...

Aidilfitri Kukuhkan Kesepaduan UMNO — Johari

Image
  KUALA LUMPUR — Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat memperkuatkan kesatuan dan persatuan di kalangan pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara. Beliau menyatakan bahawa pengukuhan ini sangat penting untuk menyediakan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan selepas Aidilfitri ini, dan juga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) pada masa akan datang. Ucapan Bermakna Johari “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dibuat kepada ahli-ahli Umno terutamanya selepas kita menyelesaikan pemilihan parti. “Kita semua perlu berpadu dan bersatu, saling memaafkan antara satu sama lain dan menumpukan sepenuh perhatian kepada PRN dan PRU akan datang,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Umno Online pada semalam. Selain itu, Johari, yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa turut mengingatkan mereka yang akan pulang ke kampung halam...

Keselamatan Warga Malaysia Diutamakan — Kedutaan Sudan

Image
  KUALA LUMPUR: Kedutaan Sudan di Malaysia memastikan bahawa kerajaan Sudan berusaha memelihara keselamatan rakyat Malaysia di negara itu. Kedutaan tersebut juga memenuhi tanggungjawab undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Vienna untuk melindungi bangunan dan kakitangan misi diplomatik di Sudan. Pernyataan ini dikeluarkan oleh kedutaan Sudan dan disampaikan melalui Bernama pada hari Khamis (20 April). Dalam pernyataan tersebut, kedutaan Sudan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas kepedulian dan solidariti mereka terhadap rakyat Sudan. Bawa pulang rakyat Malaysia — Yang di-Pertuan Agong Dalam titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ia meminta semua rakyat Malaysia untuk berdoa bagi keselamatan rakyat Sudan dan agar rakan-rakan Malaysia yang bekerja di Sudan kembali dengan selamat ke rumah dan keluarga mereka di Malaysia. Konflik di Sudan melibatkan Tentera Sudan dan P...

5 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

Image
Sejak zaman dahulu lagi, wanita telah berjuang untuk mendapatkan hak yang setara dengan lelaki dalam pelbagai aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, wanita terus berjuang dan membuktikan bahawa mereka tidak kalah hebat dengan lelaki dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai contoh, wanita telah berjaya meraih pencapaian gemilang dalam dunia politik, seni, perniagaan, sains, dan banyak lagi. Oleh kerana itulah, dunia turut menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac setiap tahun untuk mengambil kesempatan bagi menghargai dan memperingati sumbangan wanita-wanita hebat di Malaysia dan seluruh dunia. Tapi tahukah anda, siapakah wanita-wanita yang paling berpengaruh di Malaysia ketika ini? Mari kita saksikan top 5 wanita paling berpengaruh di Malaysia yang patut kita hargai dan kagumi: 1. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Azizah ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-12 pada tahun 2018, menjadikan Wan Azizah sebagai wan...