🇲🇾 Malaysia Kecam Serangan Udara Israel ke Atas Damsyik
Kedaulatan Syria Terus Diceroboh Foto: Reuters Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah mengeluarkan kenyataan tegas mengutuk serangan udara terbaru Israel ke atas ibu kota Syria, Damsyik. Serangan tersebut telah mengorbankan nyawa orang awam dan sekali lagi melanggar kedaulatan Syria serta undang-undang antarabangsa yang sepatutnya menjamin keamanan serantau. Menurut Anwar, serangan itu bukan sahaja mencabuli kedaulatan Syria, malah merupakan pelanggaran nyata terhadap Undang-Undang Antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria. Tindakan agresif berulang ini menunjukkan pengabaian terhadap prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa yang mengikat semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Syria telah menanggung derita yang amat besar sejak lebih sedekad lalu. Rakyatnya berhak menikmati keamanan — bukannya keganasan yang berterusan atau campur tangan luar," tegas Anwar. Malaysia, yang selama ini konsisten...