Ramadan
Waktu Refleksi dan Peningkatan Integriti di KDN Pada hari pertama Ramadan, saya berkesempatan bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Madrasah Ruhiyah , satu tempat yang mengajak kita merenung diri, memperbaiki kelemahan, dan memperkukuh nilai, disiplin, serta kejujuran dalam menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Saya ingin merakamkan penghargaan tertinggi atas khidmat dan pengorbanan semua anggota KDN dan agensinya, yang setiap hari memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara. Dalam beberapa masa terkini, pelbagai pencapaian telah direkodkan, termasuk usaha mengekang kebocoran, memperkukuh kawalan sempadan, dan membanteras jenayah serta penyeludupan. Usaha-usaha ini telah menjimatkan sumber negara yang bernilai besar. Pencapaian ini jelas membuktikan keseriusan jentera keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan, undang-undang, dan kesejahteraan rakyat. Namun begitu, Ramadan mengingatkan kita bahawa amanah ini mesti di...