Posts

Showing posts with the label MalaysiaMADANI MADANIBekerja KesihatanUntukSemua NegaraMeningkatUsia TadbirUrusBaik

Menuju Sistem Perlindungan Sosial dan Kesihatan yang Mampan

Image
 Intipati Mesyuarat MySPC ke-8 Tahun 2025 Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 bagi tahun 2025 bersama enam orang Menteri Kabinet serta pegawai tertinggi daripada perkhidmatan awam. Mesyuarat ini bukan sekadar rutin pentadbiran, tetapi satu sesi strategik yang memfokuskan kepada masa depan sistem perlindungan sosial negara – terutamanya berkaitan pembiayaan kesihatan dan cabaran populasi menua. Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan Antara fokus utama mesyuarat ini ialah pembentangan mengenai halatuju dan inisiatif transformasi sistem pembiayaan kesihatan secara berfasa, serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional. Sistem pembiayaan sedia ada telah berfungsi selama beberapa dekad, namun perubahan demografi dan beban penyakit kronik memerlukan pendekatan yang lebih mampan dan terangkum. Dalam perbincangan, kami menegaskan perlunya satu anjakan struktur yang menyeluruh – satu sistem yang tidak hanya memastikan akses ...